Kisah Nabi Isa as
|
Seorang
lagi Nabi Allah yang diceritakan dari kecil di dalam al-Qur'an ialah Nabi Isa as. Nabi Isa as diutus kepada kaum Bani Israil dengan kitab Injil yang
diturunkan sebelum al-Qur'an.
Di
dalam al-Qur'an, Nabi Isa as disebut dengan empat panggilan iaitu Isa,
Isa
putera
Mariam,
putera
Mariam,
dan al-Masih.
Ibunya
seorang yang sangat dimuliakan Allah. Dia memilihnya di atas semua
perempuan di semua alam. Firman-Nya, "Dan ketika
malaikat-malaikat berkata, 'Wahai Mariam, Allah memilih kamu, dan
membersihkan kamu, dan Dia memilih kamu di atas semua perempuan di
semua alam'" (3:42). Mariam,
ibu Nabi Isa as, telah menempuh satu ujian yang amat berat daripada
Allah. Dia dipilih untuk melahirkan seorang Nabi dengan tanpa
disentuh oleh seseorang lelaki. Dia adalah seorang perempuan yang
suci.
Kelahiran Nabi Isa as merupakan suatu mukjizat kerana dilahirkan tanpa bapa.
Kisahnya diceritakan di dalam al-Qur'an. Di sini, ceritanya bermula
dari kunjungan malaikat kepada Mariam atas perintah Allah. Ketika
itu, malaikat menyerupai manusia dengan tanpa cacat. Kemunculan
malaikat membuat Mariam menjadi takut lalu berkata,
"Aku
berlindung pada Yang Pemurah daripada kamu, jika kamu bertakwa (takut
kepada Tuhan)!'
Dia
(malaikat) berkata, 'Aku hanyalah seorang rasul yang datang daripada
Pemelihara kamu, untuk memberi kamu seorang anak lelaki yang suci.'"
(19:18-19)
Pada
ayat yang lain, diceritakan bahawa malaikat yang datang itu telah
memberi nama kepada putera yang bakal dilahirkan. Nama itu diberi
oleh Allah, dan dia (Nabi Isa as) akan menjadi terhormat di dunia dan akhirat
sambil berkedudukan dekat dengan Tuhan. Ayatnya berbunyi:
"Wahai
Mariam, Allah menyampaikan kepada kamu berita gembira dengan satu
Kata daripada-Nya, yang namanya al-Masih, Isa putera Mariam,
terhormat di dunia dan di akhirat, daripada orang-orang yang
didekatkan." (3:45)
Kemudian
Mariam bertanya,
"Bagaimanakah
aku akan ada seorang anak lelaki sedang tiada seorang manusia pun
menyentuhku, dan bukan juga aku seorang jalang?" (19:20)
Malaikat
menjawab,
"Dia
(Allah) berkata, 'Begitulah; Pemelihara kamu telah berkata, 'Itu
mudah bagi-Ku; dan supaya Kami membuat dia satu ayat (tanda) bagi
manusia, dan satu pengasihan daripada Kami; ia adalah perkara yang
telah ditentukan'" (19:21). Maka
lahirlah Isa putera Mariam lebih enam ratus tahun sebelum Nabi
Muhammad dilahirkan. Allah membuat Nabi Isa as dan ibunya satu ayat
(tanda) bagi manusia, iaitu tanda untuk menunjukkan kebesaran-Nya.
Allah
juga menyatakan bahawa Nabi Isa as adalah seperti Adam, walaupun Adam
diwujudkan tanpa ibu dan bapa. Kesamaan mereka berdua adalah pada
ciptaan. Kedua-duanya dicipta daripada tanah .
Itu menunjukkan mereka adalah manusia biasa, kerana manusia dicipta
daripada tanah. Nabi Isa as adalah seorang Nabi dan juga seorang Rasul. Baginda dan beberapa
orang rasul telah dilebihkan Allah daripada rasul-rasul lain. Ada
yang Dia berkata-kata kepadanya, ada yang Dia menaikkan darjat, dan
bagi Isa, Dia memberi bukti-bukti yang jelas serta mengukuhkannya
dengan Roh Suci. Firman-Nya:
"Dan
rasul-rasul itu, sebahagian Kami melebihkan di atas sebahagian yang
lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan
sebahagian Dia menaikkan darjat. Dan Kami memberikan Isa putera
Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami mengukuhkan dia dengan Roh
Qudus (Suci)." (2:253)
Namun
begitu, manusia dilarang oleh Allah untuk membeda-bedakan antara para
rasul dan Nabi. Larangan itu berbunyi,
"Katakanlah,
'Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan
apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan
Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan
apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami
tidak membeda-bedakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami
muslim.'" (2:136)
Akibat
membeda-bedakan Nabi atau Rasul dapat dilihat pada hari ini, yaitu Nabi Isa as dipercayai oleh sesetengah pihak sebagai Tuhan atau anak
Tuhan, dan Nabi Muhammad, dianggap macam Tuhan, yang berhak membuat
hukum agama. Oleh
kerana Nabi Isa as seorang Nabi diberi sebuah Kitab, Injil, yang
mengandungi petunjuk dan cahaya untuk menjadi pegangan Bani Israil.
Selain menyuruh Bani Israil menyembah Allah dengan mentaati Injil,
baginda mengesahkan kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya. Dua
firman Allah menjelaskannya di sini, berbunyi: "Dan
Kami mengutus, menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam,
dengan mengesahkan Taurat yang sebelumnya; dan Kami memberinya Injil,
di dalamnya petunjuk dan cahaya," (5:46) dan,
"Aku
(Isa) hanya mengatakan kepada mereka apa yang Engkau memerintahkan
aku dengannya: 'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara
kamu.'" (5:117)
Turut
disebut di dalam Injil (dan Taurat) ialah berita mengenai kedatangan
seorang Nabi berbangsa Arab, atau ummiy ,
dan janji dikurniakan Taman atau Syurga bagi orang-orang yang
berperang di jalan Allah .
Janji itu juga didapati di dalam Taurat dan al-Qur'an.
Ketika
baginda diutus, manusia sedang berselisih dalam hal agama. Maka
kedatangannya adalah juga untuk memperjelaskan apa yang
diperselisihkan. Firman Allah:
"dia
(Isa) berkata, 'Aku datang kepada kamu dengan kebijaksanaan, dan
supaya aku memperjelaskan kepada kamu sebahagian apa yang dalamnya
kamu memperselisihkan; maka kamu takutilah Allah, dan taatlah
kepadaku.'" (43:63)
Baginda
juga memberitahu tentang kedatangan seorang rasul selepas baginda,
yang namanya akan dipuji. Ayat yang mengisahkannya berbunyi:
"Wahai
Bani Israil, sesungguhnya aku (Nabi Isa as) rasul Allah kepada kamu,
mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan memberi berita gembira
dengan seorang rasul yang akan datang selepas aku, namanya ahmad
(dipuji).” (61:6)
Seperti
Nabi atau Rasul yang lain, baginda mempunyai pengikut-pengikut yang
setia dan juga yang tidak setia atau yang menentang.
Pengikut-pengikutnya yang setia percaya kepada Allah dan kepadanya.
Mereka adalah muslim. Firman Allah:
"Dan
ketika Aku mewahyukan pengikut-pengikut yang setia, 'Percayalah
kepada-Ku, dan rasul-Ku'; mereka berkata, 'Kami percaya, dan saksilah
Engkau akan kemusliman kami.'" (5:111)
Pengikut-pengikut
yang setia pula menjadi penolong-penolong, bukan baginya tetapi bagi
Allah. Firman-Nya:
"Berkatalah
pengikut-pengikutnya yang setia, 'Kami akan menjadi penolong-penolong
Allah; kami percaya kepada Allah, dan saksilah kamu akan kemusliman
kami.'" (3:52)
Begitu
juga bagi pengikut-pengikut setia Nabi-Nabi lain, termasuk Muhammad.
Semuanya menjadi penolong-penolong Allah, untuk melaksana dan
menyampaikan mesej-Nya. Firman Allah:
"Wahai
orang-orang yang percaya, jadilah kamu penolong-penolong Allah,
sebagaimana Isa putera Mariam berkata kepada pengikut-pengikut yang
setia, 'Siapakah yang akan menjadi penolong-penolong aku bagi Allah?'
Pengikut-pengikut yang setia berkata, 'Kami akan menjadi
penolong-penolong Allah.'" (61:14)
Walau
bagaimana pun, pengikut-pengikut Nabi Isa as yang setia memerlukan bukti
selanjut untuk megesahkan kebenarannya dan supaya hati mereka menjadi
tenteram. Untuk itu mereka memohon sebuah meja hidangan dari langit.
Kisahnya berbunyi begini:
"Dan
apabila pengikut-pengikut yang setia berkata, 'Wahai Isa putera
Mariam, bolehkah Pemelihara kamu menurunkan kepada kami sebuah meja
hidangan dari langit?'
Dia
(Isa) berkata, 'Kamu takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.'
Mereka
berkata, 'Kami menghendaki untuk memakan daripadanya, dan hati kami
menjadi tenteram, supaya kami mengetahui bahawa kamu berkata benar
kepada kami, dan supaya kami adalah antara para saksinya.'"
(5:112-113)
Justeru
itu, Isa memohon kepada Allah,
"Ya
Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan
dari langit, yang akan menjadi bagi kami satu perayaan, yang pertama
dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan
berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada
pemberi-pemberi rezeki." (5:114)
Allah
mengabulkan permintaannya. Lantas, meja hidangan yang turun menjadi
satu lagi mukjizat bagi Nabi Isa. Dan ia juga menjadi nama sebuah
surah di dalam al-Qur'an, iaitu surah kelima, al-Maidah.
Selain
daripada kelahiran yang luar biasa dan meja hidangan, Nabi Isa as telah
dikurniakan dengan beberapa mukjizat lain. Ayat berikut
menjelaskannya:
"Ketika
Allah berkata, 'Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke
atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku mengukuhkan kamu dengan
Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata
kepada manusia di dalam buaian dan setelah dewasa ..... dan apabila
kamu mencipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti
bentuk burung, dan kamu menghembuskan ke dalamnya, lalu jadilah ia
seekor burung,
dengan izin-Ku, dan kamu menyembuhkan orang
buta,
dan orang sakit
kusta,
dengan izin-Ku, dan kamu mengeluarkan orang yang mati,
dengan izin-Ku' ..... lalu orang-orang yang tidak percaya antara
mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'"
(5:110)
Walaupun
Nabi Muhammad hanya diberi satu mukjizat, manusia ditegah daripada
berkata bahawa Nabi Isa as adalah lebih mulia daripada Nabi Muhammad.
Kerana, seperti yang sudah maklum, amalan membeda-beda para Nabi dan
Rasul dilarang Allah.
Tidak
seperti kepercayaan sesetengah orang iaitu Nabi Isa as tidak wafat
semasa disalib tetapi diangkat naik ke langit. Sebenarnya, Nabi Isa
telah wafat di bumi, namun bukan disalib. Baginda telah wafat selepas
peristiwa penyaliban ke atasnya di sebuah tempat lain yang tidak
diceritakan di dalam al-Qur'an. Besar kemungkinan baginda telah
melarikan diri dari tempat baginda dijatuhkan hukum.
Bukti
yang menunjukkan baginda telah wafat di bumi terdapat pada ayat-ayat
berikut:
"Apabila
Allah berkata, 'Wahai Isa, Aku akan mematikan
kamu, dan menaikkan kamu kepada-Ku, dan Aku membersihkan kamu
daripada orang-orang yang tidak percaya .....'" (3:55)
"Dan
aku (Isa) seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka;
tetapi setelah Engkau mematikan
aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas
segala sesuatu." (5:117)
Akan
tetapi, sebahagian daripada kaum Bani Israil mengatakan bahawa mereka
telah membunuhnya disalib. Allah mengatakan yang sebaliknya pula. Apa
yang berlaku hanya satu kesamaan sahaja. Firman-Nya: "ucapan
mereka, 'Kami telah membunuh al-Masih, Isa putera Mariam, rasul
Allah.' Tetapi mereka tidak membunuhnya, dan tidak juga menyalibnya,
tetapi hanya satu kesamaan yang ditunjukkan kepada mereka.
Orang-orang yang berselisih mengenainya benar-benar dalam keraguan
terhadapnya; mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, kecuali
mengikuti sangkaan; mereka tidak membunuhnya, yakinlah." (4:157)
Telah
wujud lagi kepercayaan terhadap Nabi Isa as yang tidak disahkan Allah di
dalam al-Qur'an, iaitu baginda akan muncul lagi di bumi buat kali
kedua. Itu tidak benar.
Setelah
Isa wafat, beberapa perkara telah berlaku. Pertama, orang-orang yang
mengaku pengikut baginda telah menubuhkan sistem berahib, atau
berpaderi, atau sistem berulama dalam agama. Sistem itu tidak
dianjurkan oleh Allah. Firman-Nya:
"Dan
rahbaniyah (sistem berahib) yang mereka reka - Kami tidak menuliskan
(menetapkan) untuk mereka" (57:27).
Kemudian,
antara mereka bersetuju untuk mengangkat Nabi Isa sebagai Tuhan atau
anak Tuhan, mungkin kerana kelahiran yang luar biasa dan
mukjizat-mukjizatnya. Mereka yang berbuat demikian telah terpesong
dalam kepercayaan lalu menjadi kafir. Firman-Nya:
"Merekalah
orang-orang yang tidak percaya (kafir), yang berkata, 'Sesungguhnya
Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam'" (5:17), dan
"orang-orang
Kristian berkata, 'Al-Masih ialah putera Allah.' Itu adalah ucapan
daripada mulut mereka, menurut ucapan orang-orang yang tidak percaya
sebelum mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka
dipalingkan?" (9:30)
Satu
bukti telah didatangkan Allah untuk menunjukkan kepalsuan kepercayaan
mereka. Buktinya adalah pada amalan memakan makanan, berbunyi:
"Al-Masih,
putera Mariam, hanyalah seorang rasul; rasul-rasul sebelum dia telah
berlalu. Ibunya seorang wanita yang benar; mereka berdua makan
makanan. Perhatikanlah bagaimana Kami memperjelaskan ayat-ayat kepada
mereka, kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling."
(5:75)
Nabi Isa as dan ibunya makan makanan. Tetapi Tuhan tidak makan. Kalau Dia
makan tentu Dia mempunyai sebuah "pintu kecil" untuk
mengeluarkan makanan yang tidak diperlukan lagi. Tuhan tidak ada
pintu tersebut seperti yang terdapat di bahagian belakang badan
manusia atau haiwan.
Sekiranya
hujah itu disampaikan kepada orang-orang yang mempercayai Nabi Isa
itu Tuhan atau anak-Nya, tentu mereka akan berpaling juga dan tetap
dengan kepercayaan mereka. Begitulah manusia dengan kepercayaan
agamanya. Mereka lupa menggunakan akal.
Kepercayaan
serupa itu sungguh berat di sisi Allah sehingga Nabi Isa akan ditanya
di akhirat. Baginda akan ditanya
sama ada baginda telah menyatakan bahawa baginda dan ibunya adalah
tuhan-tuhan selain daripada Allah. Pertanyaan-Nya berbunyi:
"Wahai
Isa putera Mariam, adakah kamu mengatakan kepada manusia, 'Ambillah
aku dan ibuku sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah'?"
(5:116)
Nabi Isa as akan menjawab: "Kepada
Engkau sanjungan! Tiadalah bagiku untukku mengatakan apa yang aku
tiada hak dengannya. Jika aku mengatakannya, Engkau mengetahuinya,
dengan mengetahui apa yang di dalam jiwaku, dan aku tidak mengetahui
apa yang di dalam jiwa Engkau; sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui
yang ghaib." (5:116)
Jawapannya
bersambung lagi:
"Aku
hanya mengatakan kepada mereka apa yang Engkau memerintahkan aku
dengannya: 'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.' Dan
aku seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka;
tetapi setelah Engkau mematikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke
atas mereka; Engkau saksi atas segala sesuatu." (5:117)
Nabi
Muhammad juga akan ditanya di akhirat atas sesuatu yang amat berat
juga. Baginda ditanya mengenai sambutan kaumnya terhadap al-Qur'an.
Jawapan baginda berbunyi:
"Wahai
Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai
suatu yang tidak dipedulikan." (25:30) Itulah
yang berlaku pada hari ini. Ajaran al-Qur'an tidak dipedulikan.
Namun, masa masih ada untuk semua kembali kepada ajaran al-Qur'an.
0 comments:
Post a Comment